Dendam dan perundingan Perang Seminole Kedua

Pada Disember, 1840 Kol. Harney akhirnya membalas dendam kerana dimalukan di Sungai Caloosahatchee. Dia memimpin sembilan puluh orang ke Everglades dari Fort Dallas di Sungai Miami, bergerak menggunakan kanoe dipinjam dari Marin. Mereka dipandu oleh orang kulit hitam bernama John yang telah ditahan Seminole sekian lama. Lajur tersebut terserempak dengan beberapa Indian dalam kanoe dan mengejar mereka dan menangkap sebahagian dari mereka dan segera menggantung mereka.

Apabila John menghadapai masalah mencari laluan, Harney cuba memaksa wanita Seminole untuk menunjukkan jalan ke kem, dilaporkan dengan mengancam untuk mengantung anak mereka. Bagaimanapun, John kembali mendapat arah dan pasukan Harney menjumpai kem Chakaika dan 'Indian Sepanyol'. Berpakaisan seperti Indian, pihak tentera menghampiri kem pada waktu pagi dan mencapai kejutan. Chakaika berada di luar kem ketika serangan bermula. Dia mula lari dan kemudian berhenti dan berpaling menghadap tentera, menawarkan tangannya, tetapi seorang tentera menembak dan membunuhnya.

Terdapat pertempuran singkat ketika masa sesetengah Indian lepas lari. Harney menyuruh dua pahlawan yang ditawan digantung, dan mayat Chakaika digantung di sisi mereka. Harney dan orangnya kembali ke Fort Dallas selepas dua belas hari di Everglades. Harney telah kehilangan seorang tentera terbunuh. Pasukannya telah membunuh empat Indian dalam pertempuran dan menggantung lima yang lain. Majlis Perundangan Florida (“Legislative Council”) menganugerahkan Harney dengan pujian dan satu pedang, dan Harney kemudiannya diberikan pemerintahan Dragoon Kedua.[63]

Armistead memiliki US$55,000 untuk digunakan bagi merasuah ketua Indian untuk menyerah. Pada November 1840 Jen. Armistead berjumpa di Fort King dengan Tiger Tail (Thlocklo Tustenuggee), penutur Muskogee, dan Halleck Tustenuggee, penutur Mikasuki. Armistead dibenarkan oleh pihak Washington untuk menawarkan setiap pemimpin $5,000 bagi membawa pengikut mereka bagi pengangkutan ke barat, dan memberikan tanah di selatan Florida bagi mereka yang tinggal.bagaimanapun, Kolonel Ethan A. Hitchcock merekodkan dalam dairinya, dengan agak kecewa, bahawa Jeneral mengenepikan cadangan tersebut dan mendesak Ketua Indian mematuhi perjanjian Payne's Landing. Tambahan lagi ketika berunding perdamaian, dia menghantar pasukan mengancam orang Halleck di rumahnya. Selepas beberapa hari sebagai tetamu Tentera, kedua ketua Indian melarikan diri pada tengah malam 14 November 1840.[64] Echo Emathla, ketua Tallahassee, menyerah diri, tetapi kebanyakan Tallahassee, di bawah kepimpinan Tiger Tail, tidak melakukannya. Mikasukis, dipimpin Coosa Tustenuggee dan Halleck Tustenuggee, terus beroperasi di bahagian utara Semenanjung Florida.

Coosa Tustenuggee akhirnya menerima US$5,000 kerana membawa enam puluh orangnya. Ketua lebih kecil menerima US$200, dan setiap pahlawan mendapat US$30 dan rifle. Coacoochee mengambil kelebihan dari persetujuan Armistead untuk berunding. Pada Mac 1841 dia bersetuju untuk membawa pengikutnya dalam tempoh dua atau tiga bulan. Dalam tempoh itu, dia muncul di beberapa kubu, menunjukkan pas yang diberikan oleh Armistead padanya, dam meminta makanan dan minuman keras. Dalam satu lawatan ke Fort Pierce, Coacoochee meminta kuda untuk ditunggang ke Fort Brooke. Komander kubu memberikannya seekor kuda, bersama lima setengah gelen wiski.[65]

Menjelang musim bunga 1841 Armistead telah menghantar 450 orang Seminoles ke barat. Tambahan 236 orang lagi di Fort Brooke menunggu pengangkutan. Armistead mengangarkan sekitar 120 pahlawan telah dihantar ke barat semasa pentadbirannya, dan tidak terdapat lebih dari 300 pahlawan masih tinggal di Florida.Pada May 1841 Halleck Tustenuggee memberi berita bahawa dia akan membawa kumpulannya untuk menyerah diri.[66]

Rujukan

WikiPedia: Perang Seminole Kedua http://www.palmbeachpost.com/news/content/local_ne... http://digitalcollections.fiu.edu/tequesta/files/1... http://www.history.army.mil/books/AMH/AMH-07.htm http://www.history.army.mil/books/AMH/amh-toc.htm http://www.history.navy.mil/wars/foabroad.htm http://web.archive.org/web/20070206182835/http://w... http://www.archive.org/details/soldiersofflorid00f... http://voneresearch.org/?pageID=maritime_history/c... http://replay.waybackmachine.org/20070624185615/ht... http://replay.waybackmachine.org/20070926204424/ht...